Friday, November 9, 2012

Suu Kyi desak Myanmar henti pergolakan etnik


Suu Kyi desak Myanmar henti pergolakan etnik
Hampir 30,000 penduduk di Rakhine kehilangan tempat tinggal
YANGON - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dan penggubal undang-undang menyeru kerajaan supaya mengubah perlembagaan bagi menghentikan pergolakan etnik antara Buddha dan Muslim di Rakhine.

Beliau berkata, pembunuhan mencecah 90 orang, manakala 30,000 yang lain menjadi pelarian sejak Jun lalu adalah situasi meruncing di negara itu.

“Undang-undang perlu dipulihkan kerana ia adalah punca ketegangan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan ini juga perlu diambil oleh Bangladesh kerana faktor kejiranan.

“Kedua-dua negara berkongsi sempadan dan perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan negara masing-masing serta perkara berkaitan imigresen,” katanya.
Suu Kyi berkata, jika undang-undang persempadanan diperketat pergolakan ini berupaya dibendung terutama melibatkan keselamatan nyawa. - AP

No comments:

Post a Comment