ANKARA - Turki sekali lagi mengarahkan sebuah pesawat yang sedang menuju ke Syria mendarat di negara itu, menurut media tempatan, semalam.
Stesen penyiar NTV melaporkan pihak berkuasa Lapangan Terbang Erzurum bertindak melakukan pemeriksaan ke atas pesawat kargo dari Armenia yang membawa bantuan kemanusiaan kerana dikhuatiri digunakan untuk membekalkan senjata kepada tentera Syria.
Tindakan sama turut dikenakan ke atas pesawat domestik pertengahan bulan lalu, tetapi ia dibenar meneruskan penerbangan ke Damsyik.
Turki mengenakan larangan ke atas pesawat Syria untuk melintasi ruang udara negara tersebut sejak bulan lalu selepas insiden penemuan senjata dalam pesawat penumpang dari Moscow.
Dalam perkembangan lain, Ankara bakal membuat tuntutan kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk menempatkan sistem peluru berpandu Patriot di sepanjang sempadan negara itu.
Jurucakap Kementerian Luar berkata, langkah itu bertujuan menangani ancaman musuh pada masa akan datang. - Reuters

No comments:
Post a Comment