Saturday, December 15, 2012

13 cedera letupan bom di Kandahar

13 cedera letupan bom di Kandahar: "KANDAHAR 14 Dis. - Sebuah bom kereta meletup di pangkalan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di selatan Afghanistan semalam menyebabkan 10 orang awam dan tiga tentera asing cedera.

"Pengebom berani mati itu bertindak meletupkan keretanya semasa kumpulan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) memasuki kawasan Kandahar menyebabkan 10 orang awam dan tiga anggota ISAF cedera," Ketua Polis Kandahar General Abdul Razeq memberitahu AFP.

Jurucakap NATO mengesahkan kejadian tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat sepenuhnya. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment