Suspek pengganas warga Malaysia ditembak mati: "MANILA 15 Dis. - Seorang suspek pengganas warga Malaysia yang didakwa merancang melancarkan serangan bom di selatan Filipina ditembak mati oleh polis di sebuah hotel, di Davao malam tadi.
Ketua Polis Bandar Davao, Ronald de la Rosa berkata, suspek dikenali sebagai Mohd. Noor Fikrie Abud Kahar ditembak mati selepas bergelut dengan polis di dalam sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan bersama isterinya seorang warganegara tempatan.
De la Rosa berkata, ketika itu pasangan suami isteri tersebut sedang mendaftar keluar dari hotel dan Mohd. Noor Fikrie cuba mengambil beg sandang daripada isterinya yang mengandungi bom buatan sendiri. - Agensi"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment