Saturday, December 15, 2012

Lebih sejuta pekerja asing bakal dihantar pulang

myMetro | Lebih sejuta pekerja asing bakal dihantar pulang: "BANGKOK: Lebih sejuta pekerja asing di Thailand, kebanyakannya dari Myanmar berdepan tindakan dihantar pulang selepas tarikh akhir memperoleh permit kerja tamat semalam.

“Selepas hari ini, mereka yang bekerja di Thailand secara haram perlu pulang ke negara asal dan hanya boleh kembali melalui saluran sah,” kata Pengarah Pejabat Pentadbiran Pekerja Asing, Dechar Peukpattanaruk. Thailand, ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara sangat bergantung kepada pekerja asing. Rakyat Myanmar menyeberangi sempadan ke Thailand untuk mengisi kekurangan pekerja dan pengangguran walaupun selepas negara mereka mengamalkan dasar terbuka.


Kumpulan majikan Thai menggesa tarikh akhir itu ditunda, bimbang dengan masalah kekurangan pekerja sedia ada kian meruncing dalam pasaran buruh yang terhad. Program pengesahan nasional itu mensyaratkan pekerja asing mendapatkan pasport sementara di negara asal untuk memperbaharui atau memohon permit kerja di Thailand. - BP

"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment