AS tempatkan Patriot di Turki, Jerman setuju: "INCIRLIK, Turki 15 Dis. - Amerika Syarikat (AS) akan menempatkan dua sistem peluru berpandu Patriot bersama 400 anggota tenteranya bagi membantu sekutunya Turki dalam menghadapi kemungkinan serangan Syria.
Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta mengeluarkan arahan itu sebelum mendarat di pangkalan udara Incirlik di Turki selepas melawat Afghanistan, kata jurucakapnya, semalam.
Tambahnya, sistem peluru berpandu itu dijangka akan tiba dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Sementara itu, Parlimen Jerman meluluskan penempatan sistem peluru berpandu Patriot di Turki selepas mendapat undi majoriti daripada anggotanya. - AFP"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment