BIEBER dan gunting yang ditemui dalam kereta suspek.
LOS ANGELES: Satu dokumen mahkamah mendakwa sekumpulan penculik merancang menjerut dan memotong kemaluan penyanyi pop remaja, Justin Bieber.
Dana Martin didakwa meletakkan harga RM7,500 bagi setiap satu buah zakar Bieber ketika dia mendedahkan rancangan untuk menculik, memotong kemaluan dan menjerut penyanyi terkenal itu.
Martin yang kini menjalani hukuman penjara dan mempunyai tatu Bieber pada kakinya, dituduh mengupah dua lelaki lain untuk menculik dan membunuh penyanyi itu, pengawal peribadinya dan dua mangsa yang tidak ada kaitan.
Menurut dokumen itu, dia mengupah Mark Staake untuk melaksanakan rancangannya selepas kecewa Bieber tidak mempedulikan usahanya untuk menghubunginya. Anak saudara Staake, Tanner Ruane kemudian menyertai rancangan itu.
Selepas mengumumkan hadiah wang berjumlah RM7,550 untuk kemaluan penyanyi berusia 18 tahun itu, Martin kemudian mengarahkan Staake dan Ruane untuk menjerut Bieber dengan tali leher.
Kumpulan itu didakwa merancang menyerang Bieber ketika dia mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York pada 28 dan 29 November lalu.
Bagaimanapun, rancangan itu gagal selepas Martin mendedahkannya kepada pengawal penjara.
Secara kebetulan, Staake, 41, ditangkap pada 19 November kerana kesalahan lain ketika memandu dengan Ruane, 23.
Polis membebaskan Ruane tetapi merakamkan perbualan telefonnya dengan Martin mengenai rancangan membunuh Bieber itu.
Mereka menahan Ruane sekali lagi pada 20 November di New York dan menemui gunting jenama Fiskars Durasharp yang baru dibeli di dalam keretanya.
Kandungan perbualan telefon itu yang mendedahkan rancangan berkenaan dinyatakan dalam waran tangkap.
Dokumen berkenaan menyatakan: “Apabila Martin bertanya apa yang dibawa oleh Staake untuk memotong kemaluan mangsa, Ruane menjawab, dia sudah membeli gunting. Mengenai keengganan Staake untuk memotong kemaluan Bieber, Ruane berkata, dia akan melakukannya. “Martin kemudian mengesahkan, Ruane akan memperoleh RM7,500 untuk setiap buah zakar Bieber.” Polis berkata, Martin memberitahu Ruane supaya menjerut Bieber dan mangsa lain dengan tali leher kerana ia serupa dengan yang digunakan ketika melakukan pembunuhan sebelum ini.
Martin kini menjalani dua hukuman penjara seumur hidup di Penjara New Mexico Selatan di Las Cruces selepas didapati bersalah merogol dan menjerut seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000. - DM
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment