Friday, January 4, 2013

13 maut serangan drone AS



PESHAWAR 3 Jan. - Sebanyak 13 termasuk seorang komander militan kanan yang mengadakan perjanjian damai sementara dengan tentera Pakistan, maut dalam dua serangan drone Amerika Syarikat (AS) di barat laut Pakistan, kata pegawai perisik dan penduduk.
Pegawai keselamatan Pakistan berkata, komander itu, Maulvi Nazir atau dikenali sebagai Mullah Nazir, dilaporkan antara sembilan yang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah di perkampungan Angoor Adda di wilayah Waziristan Selatan, awal pagi ini.
Kematian Nazir bakal mengundang isu antara Washington dan Islamabad, kerana melanggar perjanjian damai dengan tentera Pakistan berhubung operasi pasukan itu menentang militan di wilayah tersebut pada 2009. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130104/lu_09/13-maut-serangan-drone-AS#ixzz2H0ioBWNw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment