Friday, January 4, 2013

Wanita Saudi terus tuntut hak memandu

Manal  besama  anak lelakinya.
Manal besama anak lelakinya.

Riyadh: Aktivis wanita Arab Saudi yang pernah dipenjarakan kerana melanggar larangan memandu kereta, Manal Sharif, 33, berkata, masanya akan sampai bagi wanita di negara berkenaan mendapat hak untuk memandu.

Dalam ulasan yang dihantar kepada sebuah laman web antarabangsa, Manal berkata, wanita Arab Saudi perlu terus memperjuangkan hak itu kerana kerajaan tidak akan memberinya dengan mudah.
“Persoalannya bukan sama ada wanita wajar diberi hak memandu di negara ini, tetapi sama ada mereka sedia memperjuangkan hak untuk memandu kereta.

“Jawapan saya adalah ya, jadi terpulang kepada wanita untuk berusaha mendapatkan hak itu,” kata pakar komputer di syarikat pengeluar minyak Aramco itu.


Kempen permusuhan

Sementara itu, dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Alhayat,akhbar berbahasa Arab Bahasa Arab beribu pejabat di London, Manal berkata, beliau kini menghadapi apa yang disifatkannya kempen permusuhan bersepadu di Arab Saudi.

“Saya pernah dituduh ejen Israel penganut Syiah yang bekerja untuk Iran,” katanya.
Manal juga terkejut apabila mendapat tahu anak lelakinya dipukul rakan sekolah kerana dia ‘anak Manal Al Sharif. - Agensi

No comments:

Post a Comment