Friday, January 4, 2013

‘Berhenti serang etnik Kachin’



 
 Penduduk Kachin melarikan diri daripada pertempuran,  manakala gambar kecil, asap berkepul di kawasan pergunungan di negeri Kachin akibat serangan tentera kerajaan Myanmar.
Penduduk Kachin melarikan diri daripada pertempuran, manakala gambar kecil, asap berkepul di kawasan pergunungan di negeri Kachin akibat serangan tentera kerajaan Myanmar.
Yangon: Myanmar semalam terus berhadapan dengan tekanan antarabangsa untuk menghentikan serangan udara ke atas pemisah minoriti etnik di Kachin, di mana konflik berkenaan mengatasi perubahan politik negara itu.

Perbalahan antara tentera dan sayap bersenjata, Pertubuhan Pembebasan Kachin (KIO) di utara negara yang juga dikenali dengan Burma itu dilaporkan semakin buruk berikutan tentera berjuang untuk mendapatkan semula satu daripada pangkalan mereka.
“Kita benar-benar dalam masalah berikutan keganasan yang meningkat,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland di Washington lewat kelmarin, sambil menegaskan Myanmar mengakui menggunakan serangan udara di Kachin.

“Kami terus menggesa kerajaan Burma dan Pertubuhan Pembebasan Kachin untuk menamatkan konflik ini, untuk meneruskan dialog sebenar bagi menangani rungutan berikutan kerajaan Burma mampu untuk melakukan hampir di semua kawasan konflik lain,” kata Nuland.

Halaman berita tentera berbahasa Burma, Myawaddy melaporkan bahawa satu pangkalan utama dirampas dari pemberontak pada 30 Disember dengan bantuan serangan udara di rantau ini.

Perunding keamanan kerajaan, Hla Maung Shwe yang juga seorang penasihat kepada Presiden Thein Sein berkata bahawa helikopter tentera dan jet latihan dipercayai digunakan dalam operasi.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut menggesa supaya tentera Myanmar menghentikan serangan udara terhadap pemisah Kachin.
Ketua PBB itu mengambil sikap serius mengenai laporan baru-baru ini menunjukkan serangan udara terhadap sasaran negeri Kachin, kata jurucakapnya, Martin Nesirky.

“Ketika maklumat mengenai laporan ini masih muncul dan diikuti, setiausaha agung menggesa pihak berkuasa Myanmar untuk menghentikan apa-apa tindakan yang boleh membahayakan nyawa penduduk awam yang tinggal di kawasan terbabit atau meningkatkan konflik di rantau ini,” kata Nesirky. - AFP

No comments:

Post a Comment