Aktivis mendirikan puluhan khemah digelar Bab al Shams di kawasan strategik Tebing Barat berhampiran koridor E1.
BEIT IKSA - Kira-kira 200 penduduk Palestin berhimpun di Kampung Beit Iksa di Tebing Barat sejak Jumaat lalu bagi membantah rancangan Israel untuk merampas tanah mereka.
Salah seorang penduduk, Osama Zayed berkata, mereka nekad mendirikan empat khemah dan sebuah struktur sebagai tempat untuk menunaikan solat secara berjemaah.
"Kami berikrar untuk menghalang tindakan Rejim Zionis yang mahu merampas 50 hektar tanah di pinggir barat laut Baitulmaqdis," katanya.
Lewat Rabu lalu, sebanyak 24 khemah aktivis yang membantah projek pembinaan kontroversi di pinggir Baitulmaqdis dirobohkan polis Israel.
Difahamkan, tindakan tersebut juga untuk menarik perhatian antarabangsa berhubung rancangan rejim Zionis untuk melaksanakan projek pembinaan di koridor E1 yang akan membahagikan kawasan Tebing Barat kepada utara dan selatan serta memisahkan Baitulmaqdis. - Middle East Online

No comments:
Post a Comment