Monday, January 21, 2013

Juruterbang belot, serang pangkalan

Juruterbang belotDAMSYIK - Seorang juruterbang rejim Presiden Bashar al-Assad didakwa berpaling tadah, kelmarin. Menurut aktivis, Haytham Al-Abdallah, pegawai askar itu terlebih dahulu diarahkan mengebom kawasan penduduk di wilayah Ghotta, timur Damsyik, namun beliau enggan melaksanakannya.

Beliau yang membawa pesawat perang MiG Soviet tersebut bertindak mengebom pangkalan tentera kerajaan dalam daerah Moadamiya.

Sementara itu, di wilayah Idlib, kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) memperkuatkan serangan mereka di dua pangkalan tentera iaitu Wadi Al-Daif dan Hamdiyeh, sekali gus menawan kawasan tersebut.

"Kumpulan pemberontak sebenarnya cuba memotong laluan bekalan senjata kepada dua pangkalan itu," kata Abdallah lagi.

Sejak kelmarin, kumpulan hak asasi melaporkan lebih seratus penduduk termasuk 13 kanak-kanak terbunuh di seluruh negara. - DPA

No comments:

Post a Comment