Raja Pervez Ashraf dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baru.
ISLAMABAD - Keluarga pegawai Pakistan yang menyiasat kes rasuah Perdana Menteri, Raja Pervez Ashraf, mendesak siasatan dilakukan ke atas kematian Kamran Faisal.
Keluarga pegawai itu menegaskan, Kamran mungkin dibunuh berdasarkan mayatnya mempunyai tanda-tanda diseksa sekali gus menolak keputusan bedah siasat mengatakan dia membunuh diri.
“Laporan akhir forensik bakal keluar dalam satu minggu lagi dan pada masa itu baru kita akan tahu sama ada Kamran mengambil sebarang ubat antitekanan sehingga dia membuat keputusan membunuh diri,” lapor sebuah akhbar semalam.
Kamran, Penolong Pengarah Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB), ditemui mati tergantung di kuarters kerajaan, Jumaat lalu.
Difahamkan Kamran menghadapi tekanan hebat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Dia telah mengambil bahagian dalam menyiasat kes rasuah melibatkan Perdana Menteri.
Selasa lalu, Mahkamah Agung mengarahkan Raja Pervez ditahan berhubung dakwaan menerima rasuah kerana meluluskan projek-projek jana kuasa pada tahun 2010.

No comments:
Post a Comment