Monday, January 21, 2013

Tebusan Algeria: 48 disahkan maut



ALGIERS - Sekurang-kurangnya 48 tebusan maut dalam serangan selama empat hari di kompleks gas dan laporan mengatakan 25 mayat yang ditemui semalam merupakan mangsa yang dijadikan tebusan.

Sehari sebelum itu, pegawai Algeria melaporkan sebanyak 23 kematian membabitkan tebusan.

Lima militan yang disyaki menculik mangsa ditangkap semalam.

Kelmarin, pihak berkuasa Algeria mengesahkan 32 tebusan terbunuh.

Pegawai tentera negara itu mula melancarkan serangan selepas kumpulan militan membunuh tebusan warga asing.

Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut menyalahkan pengganas yang menyebabkan kematian tebusan.

Menteri Tenaga Algeria, Youcef Yousfi pula bakal meningkatkan tahap keselamatan tanpa menggunakan bantuan pihak luar.

Semasa rangka lawatan ke kilang yang terjejas, Youcef berkata, kompleks itu akan meneruskan aktiviti pengeluaran minyak seperti biasa dalam masa dua hari lagi.

No comments:

Post a Comment