Monday, January 21, 2013

25 mayat warga asing ditemui



 
Foto
Pasukan keselamatan Algeria mengawal sebuah bas membawa tebusan, yang dibebaskan di loji gas di In Amenas, semalam. - Foto AFP

Foto
Rakaman gambar menunjukkan tebusan menyerah diri kepada pemisah di loji gas In Amenas, Algeria. - Foto AFP

Algiers: Pasukan keselamatan menemui mayat 25 warga asing semalam ketika mereka mengepung loji gas selepas bertempur dengan militan Islam, manakala saksi berkata sembilan tebusan Jepun dibunuh.

Memetik sumber keselamatan, Anis Rahmani, dari stesen televisyen persendirian, Ennahar, memberitahu tentera menemui mayat 25 tebusan ketika berusaha memastikan keselamatan loji gas In Amenas itu. Semua tebusan Jepun terbunuh, kata seorang saksi Algeria dikenali sebagai Brahim sehari selepas pasukan khas melancarkan operasi di loji gas yang dikendalikan syarikat Britain, BP, Statoil dari Norway dan Sonatrach dari Algeria untuk menamatkan drama tebusan yang bermula Rabu lalu.
Unit khas Algeria sebelum itu menyerbu kompleks gas asli di padang pasir Sahara kelmarin dan berjaya menamatkan drama tebusan dengan pemberontak Islam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 23 tebusan maut dan membunuh semula 32 militan yang terbabit, kata kerajaan.

Dengan sedikit butiran lanjut diperoleh daripada kawasan terpencil di timur Algeria, tidak dapat dipastikan jika ada yang diselamatkan dalam operasi akhir itu tetapi bilangan tebusan yang terbunuh kelmarin, tujuh adalah seramai yang dikatakan militan berada dalam tawanan mereka. Kerajaan menyifatkan angka itu cuma sementara dan beberapa warga asing tidak diambil kira.

Drama tebusan di loji Ain Amenas itu mengejutkan dunia selepas radikal Islam yang dikaitkan dengan al-Qaeda menyerbu kompleks itu, yang dihuni beratus-ratus pekerja loji dari seluruh dunia, kemudian menjadikan mereka tebusan.

Kerajaan berusaha mengesan warga yang hilang ketika butiran mengenai serangan itu muncul selepas pemberontak Islam daripada kumpulan Signatories in Blood menyerbu loji itu Rabu lalu, menuntut ditamatkan campur tangan tentera Perancis di Mali.
Perdana Menteri Britain, David Cameron, berkata dalam kenyataan kini jelas kejadian keganasan di Algeria sudah berakhir.

Malangnya, kita mengetahui tiga warga Britain terbunuh dan tiga lagi juga dipercayai sudah mati. Seorang penduduk Britain juga dipercayai mati, katanya.

Firma kejuruteraan Jepun, JGC Corp, berkata 10 daripada rakyat Jepun dan tujuh daripada pekerja asingnya masih hilang, sebelum laporan menyatakan tebusan Jepun dibunuh.

Sementara Kuala Lumpur berkata, JGC memberitahu seorang daripada dua rakyat Malaysia dipercayai terbunuh manakala nasib seorang lagi tidak diketahui.

Statoil, yang turut mengendalikan stesen itu berkata, keadaan masih belum selesai bagi lima pekerja syarikat itu.

Kami akan dan mesti berharap untuk berita positif dari Algeria. Bagaimanapun, kita mesti bersedia berdepan dengan berita buruk dalam masa beberapa hari lagi, kata Pegawai Eksekutif Statoil, Helge Lund.

AP/AGENSI

No comments:

Post a Comment