Konsul Itali ke Libya diserang
Konsul Itali ke Libya diserang
KAHERAH - Seorang konsul Itali diserang di bandar timur Libya, Benghazi, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Kementerian Luar Itali mengesahkan perkata itu berkata, kenderaan Guido de Sanctis ditembak dari jarak jauh sejurus beliau meninggalkan kediamannya.

“Cermin kereta kalis peluru telah menyelamatkan beliau dari maut,” katanya.

Menurutnya, sejak dua duta Amerika Syarikat (AS) terbunuh bersama tiga lagi kakitangannya di kedutaan AS tahun lalu, pihak keselamatan meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pejabat konsulat di Benghazi.

November lalu, ketua polis di bandar itu maut dalam serangan berani mati dan Jun lalu, konvoi yang membawa duta British juga diserang dengan bom tangan hingga mencederakan dua pengawal peribadi beliau.

Manakala, Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di bandar turut menjadi sasaran, ketika membawa utusan bekas Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khas untuk Libya tahun lalu. - AFP