Bangsamoro: Apa selepas 30 Jun 2016?
Bangsamoro: Apa selepas 30 Jun 2016?
SELEPAS Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai kata sepakat dan Rangka Kerja Perjanjian Bangsamoro (FAB) ditandatangani pada15 Oktober tahun lalu, adakah perkongsian terhadap Bangsamoro dapat direalisasikan seperti dibayangkan?

Ini adalah sebahagian daripada tanda tanya yang masih belum terjawab selepas perjanjian itu dimeterai.

Jika kerajaan mahu ianya terlaksana dalam mencapai keamanan di Mindanao, perjanjian ini tidak boleh dipertikaikan sehingga 30 Jun 2016.

Jelas sekali, perjanjian itu merujuk kepada isu calon Kabinet Peralihan Kuasa Bangsamoro (BTA). MILF mahu FAB dipatuhi, iaitu dengan menyediakan kerusi MILF dalam peralihan kuasa tersebut.

Kerajaan menyokong 'keterangkuman', di mana pengerusi perlu bersikap terbuka kepada mana-mana anggota BTA.

Namun, MILF masih was-was kerana ketidakupayaan dalam melaksanakan semua perjanjian itu dan ianya menjadi sukar memandangkan BTA tidak mempunyai kuasa kawalan terhadap puak bertelingkah.

MILF berharap perjanjian ini tidak diganggu sehingga semua perjanjian dilaksanakan hingga Pilihan Raya 2016.

MILF juga berpendapat akan wujud sebuah parti politik MILF ataupun konflik akan tercetus semula.

Bagaimanapun, perjanjian ini dilihat sebagai kunci keamanan di Mindanao, di bawah pentadbiran Aquino III dan menangkis kebimbangan terhadap pentadbirannya.

MILF mesti mengawal BTA untuk menjamin visinya. Tetapi BTA hanya permulaan.

Pertumbuhan Bangsamoro, kerukunan pentadbiran perlu disuburkan mengikut visi MILF.

Bangsamoro perlu mengawal aliran pemikiran pemimpin Moro sehingga Julai 2016, tetapi bagaimana Bangsamoro dapat meyakinkan wawasan MILF?

Untuk menjamin autonomi, pemimpin kalangan Bangsamoro perlu dipilih secara telus, sivil dan ekonomi perlu diperketat bagi pembangunan pentadbiran mampan.

Tugas ketika peralihan ini adalah penting untuk membina tulang belakang politik dan ekonomi yang kukuh di Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Ketika ini, BTA dilihat mampu menubuhkan institusi pentadbiran dalam tempoh peralihan kuasa iaitu lingkungan 18 bulan.

Ini perlu dimulakan dalam pelaksanaan Undang-Undang Asas Bangsamoro.

Tetapi dalam cadangan asal MILF menetapkan tempoh percubaan sekitar setahun.

Hakikatnya, cara pemikiran, sikap, pandangan dan nilai-nilai seorang pemimpin rakyat Bangsamoro mesti berubah sepanjang berada dalam peralihan itu supaya visi MILF dapat dipenuhi.

Perubahan ini memerlukan masa dan tempoh 18 bulan dilihat terlalu singkat untuk menyaksikan kejayaan pentadbiran.

Pemerhati dunia percaya, kerajaan Filipina dapat kerjasama dengan MILF dalam usaha mewujudkan Bangsamoro ketika pentadbiran Aquino III dan ini adalah legasi pentadbiran Presiden Aquino yang paling luar biasa.

Bagaimanapun, kerajaan Aquino hanya boleh meredakan konflik sehingga 30 Jun, 2016. Selepas itu, perjanjian dengan MILF akan berakhir dan apakah yang akan berlaku terhadap nasib Bangsamoro?