14 Januari 2013
GAZA - Anggota keselamatan Israel mengusir kira-kira 100 rakyat Palestin awal pagi semalam dari kawasan perkhemahan Bab el Shams di kawasan Tebing Barat, Baitulmaqdis.
Mahkamah Agung Israel memerintahkan penduduk Palestin yang membina khemah penempatan di kawasan dikenali sebagai E1 diberi tempoh enam hari untuk berpindah sebelum dipaksa berbuat demikian.
Media tempatan melaporkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pengusiran itu sebagai 'perkara biasa'.
Kenyataan angkuh dan biadab Netanyahu berhubung tindakannya itu adalah bagi meneruskan rancangan pembinaan 2,612 unit kediaman di timur Baitulmaqdis, lokasi yang menjadi harapan rakyat Palestin membangunkan ibu kota mereka.
Menurutnya, pentadbiran rejim terdahulu telah dibangunkan di Baitulmaqdis dan dia tidak akan mengubahnya.
Rancangan meneruskan pembinaan di tebing barat dan timur Baitulmaqdis itu sebagai tindak balas kepada keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memihak kepada Palestin bulan lalu.
Tindakan itu dikritik kerana bukan sahaja memutuskan kawasan Arab di timur dan barat di Tebing Barat malahan ia juga memusnahkan harapan untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota bersama. - Reuters

No comments:
Post a Comment