14 Januari 2013
PROSES penubuhan entiti baru wilayah autonomi Bangsamoro secara rasmi bermula apabila Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro dimeterai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Istana Malacanang, Oktober 2012.
Perjanjian itu mengakhiri konflik sejak abad ke-16 dalam usaha mempertahankan budaya, identiti dan agama Islam.
Walaupun kurang jelas isi kandungannya, pertumpahan darah pasti berakhir dan wilayah Bangsamoro di kawasan berautonomi di Mindanao.
Sebab persetujuan tercapai
Kerajaan Filipina berasakan konflik di selatan Filipina itu tidak produktif kerana bantuan asing terutamanya dari Amerika Syarikat (AS) dianggap tidak lagi relevan.
Sepanjang konflik hampir 40 tahun, Filipina menggunakan isu pemberontakan Islam di Selatan Filipina untuk memperoleh bantuan dalam membangunkan negara.
Perkara ini dapat dilihat ketika AS melancarkan perang menentang keganasan di Filipina pada Januari 2002, Filipina menerima AS$4.6 bilion (RM14 bilion) daripada Perbendaharaan AS.
Namun, ketika ekonomi AS menghadapi masalah kerana terpaksa membiayai perang di Afghanistan, Filipina berasakan adalah tidak produktif konflik ini diteruskan kerana kos konflik terus meningkat.
Era pasca kemerdekaan
Filipina memperlihatkan beberapa siri rundingan setelah penentangan terbuka ditunjukkan oleh Bangsamoro terhadap campur tangan kerajaan Utara di Manila.
Gerakan pendakwah Kristian juga berleluasa. Oleh itu, Bangsamoro menubuhkan MNLF untuk mendapatkan kemerdekaan di selatan Filipina secara bersenjata. Ini menyebabkan 150,000 ke 200,000 orang terbunuh, kemusnahan infrastruktur dan 200,000 orang menjadi pelarian di Sabah.
Presiden Ferdinand Marcos pernah menandatangani Perjanjian Tripoli dengan MNLF untuk menamatkan konflik bersenjata, namun perjanjian itu memecahkan MNLF kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan menubuhkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang berideologi Islam berjuang untuk mempertahankan Islam dan satu lagi Gerakan Abu Sayyaf, salah satu cabang gerakan pemisah, bergerak dengan lebih ekstrem dan dituduh melakukan keganasan dan penculikan sebagai sayap gerakan Al-Qaeda di Filipina.
Kerugian besar
Filipina juga berasakan konflik ini harus dihentikan kerana ia menyusahkan semua pihak termasuklah penduduk Manila yang bimbang konflik berlarutan hingga ke Manila.
Salah satu sebab konflik harus dihentikan ialah kerana wilayah Mindanao dan pulau di sekitarnya kaya dengan sumber asli yang belum diterokai.
Syarikat Eastern Petroleum Corporation berminat melabur AS$108 juta (RM326 juta) dengan membuka pelantar jana kuasa gas di Agusan del Norte, Mindanao. Menteri Tenaga Brunei juga minat membuka pelantar gas asli dengan kapasiti 300 megawat di Mindanao.
Presiden Filipina, Benigno Aquino pernah berkata: “Saya gembira kerana menerusi perjanjian ini, hak, maruah dan kemakmuran masa depan penduduk Bangsamoro dilindungi manakala pada masa sama, kedaulatan dan perlembagaan Filipina tetap terpelihara. Ini kerana kedua-dua pihak boleh bersama-sama membangunkan negara dan wilayah masing-masing, tanpa pertumpahan darah demi kemakmuran generasi akan datang".
Detik penuh sejarah
Perjanjian dimeterai penuh sejarah di mana ia disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Benigno Aquino III, sebagai simbolik persetujuan kedua-dua pihak.
Turut menyaksikan upacara itu bagi pihak MILF mewakili penduduk wilayah selatan Filipina yang majoritinya Muslim adalah pengerusinya, Murad Ebrahim.
Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Panel Perundingan MILF, Mohagher Iqbal dan rakan sejawatannya daripada kerajaan Filipina, Dean Marvic Leonen. Manakala saksi perjanjian ditandatangani fasilitator perundingan dari Malaysia, Datuk Tengku Ab Ghafar Tengku Mohamed.
Hadir sama, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu.
Rangka kerja perjanjian
Pada Oktober 15, 2012, Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani Perjanjian Rangka Kerja menggariskan ciri-ciri umum bagi penyelesaian masalah di antara kedua-dua pihak.
Ia mengandungi butiran persetujuan ketika siri rundingan antara kerajaan dan MILF sejak perjanjian gencatan senjata pada 1997.
Perjanjian mentakrifkan struktur dan kuasa entiti politik dikenali sebagai bangsa Bangsamoro bagi menggantikan Kerajaan Autonomi Wilayah Islam Mindanao (ARMM). sehingga tahun 2016.

No comments:
Post a Comment