14 Januari 2013
PUCHONG – “Rasa lega sangat ada pihak yang membantu di saat saya betul-betul terdesak untuk menyediakan perbelanjaan persekolahan tiga anak,” kata wanita yang ditinggalkan suami, Norizan Alias, 36, ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Bandar Kinrara di sini.
Katanya, sebelum ini dia buntu memikirkan bagaimana untuk membayar yuran sekolah anaknya yang menuntut di sebuah sekolah pondok di Hulu Selangor kerana kesempitan wang.
Norizan berkata, kesusahannya bermula apabila suaminya yang pulang ke kampung di Sabah pada hari raya lalu tidak kembali seperti dijanjikan September tahun lalu.

Suaminya didakwa tidak memberi nafkah kepada tiga anak lelakinya Hanis Haikal Mohd Rahfee, 12, Hanis Hamizan, 9 dan Hanis Nabil Safwan, 7, menyebabkan hidupnya bertambah sukar.
Dia yang menjalankan perniagaan membuat roti secara kecil-kecilan mendakwa terpaksa meninggalkan dua anak yang masih kecil di rumah untuk bekerja sambilan sebagai pembantu jualan pada Sabtu dan Ahad bagi mencari pendapatan sampingan.
Norizan berkata, bagaimanapun ketika cuti sekolah lalu perniagaannya kurang mendapat pulangan menyebabkan dia tidak mempunyai simpanan untuk menanggung persekolahan anak-anak.
“Duit yang ada digunakan untuk membayar sewa rumah RM400 sebulan, saya berterima kasih kepada pihak yang sudi memberi bantuan bagi meringankan beban,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri yang juga bekas Ahli Parlimen Puchong, Datuk Loo Yeng Peng berkata, beliau mengunjungi ibu tunggal berkenaan selepas perkara itu dimaklumkan kepadanya.
Katanya, hasil perbincangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersetuju memberi bantuan RM300 sebulan kepada ibu tunggal berkenaan selain menyerahkan sumbangan segera RM500.
“Saya dapat tahu, rumah yang disewanya akan dilelong, mungkin kita akan bantu dia cari rumah lain. Sekarang memang kita beri tumpuan kepada golongan miskin,” katanya.

No comments:
Post a Comment