14 Januari 2013
KAHERAH - Sekurang-kurangnya 14 cedera dalam serang balas antara menyokong Presiden Mesir, Mohammed Mursi dan pembangkang di luar istana presiden di Kaherah, kelmarin.
Pegawai Kementerian Dalam negeri berkata, kira-kira 30 penyerang melemparkan bom petrol di khemah penunjuk perasaan yang didirikan di luar istana, timur Kaherah Heliopolis.
“Tujuh pegawai polis bertugas berhampiran istana antara yang mengalami kecederaan kerana terkena serpihan botol,” katanya.
Media tempatan memetik, seorang pegawai keselamatan berkata, polis sedang menggiatkan usaha mengenal pasti dan menangkap penyerang terbabit.
Ketika kejadian, dipercayai Mursi tidak berada di istana tersebut.
Penunjuk perasaan telah berkhemah berhampiran istana sejak dua bulan lalu sebagai tanda protes terhadap dasar Perlembagaan baru yang digubal.
Pada Disember lalu, 10 dilaporkan maut dalam serangan yang sama. - AP

No comments:
Post a Comment