PA kini Negara Palestin
Rakyat Palestin berhimpun menyokong usaha Abbas menaik taraf negara sebagai negara pemerhati.
RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengarahkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) secara rasmi diubah namanya kepada Negara Palestin, susulan keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang memberikannya status pemerhati bukan negara anggota tahun lalu.

Justeru, beliau mahu nama itu digunakan dalam semua dokumen awam mulai sekarang.

Sewaktu memberi arahan itu di Tebing Barat kelmarin, Mahmoud mahu pasport, kad pengenalan, lesen memandu dan dokumen lain dicap dengan Negara Palestin.

November lalu, Mahmoud mengetuai kempen di PBB bagi menaik taraf Palestin sebagai negara pemerhati.

Mahmoud menegaskan tindakan itu bakal memperkasakan usaha pembinaan negara Palestin dan institusi selain melindungi kedaulatan tanah Palestin sendiri.

Minggu lalu, Mahmoud mengarahkan kementerian dan kedutaan asing menggunakan Negara Palestin dalam semua urusan rasmi.

Israel bagaimanapun menentang status Palestin sebagai negara pemerhati dan sebagai tindak balas, mereka menghentikan pemindahan hasil cukai kepada PA.  - Reuters