Tuesday, January 8, 2013

Sarjan kerdil mahu cipta rekod Guinness



pix_gal0
  Dubai: Beliau cuma setinggi 87 sentimeter tetapi Sarjan Aisha Al Hamoudi, 31, (gambar) yang bertugas di Fujairah, menegaskan tidak pernah malu dengan kekurangannya itu sebaliknya bercadang mencatatkan nama dalam Guinness Book of World Records sebagai anggota polis wanita paling pendek di dunia.

Beliau menyertai pasukan polis di timur Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas menamatkan pengajian sekolah menengah dan lulus daripada institut di Kementerian Dalam Negeri khusus dalam pemulihan dan rekrut orang kurang upaya.
Sepanjang pengajian dan kerjayanya, Aisha dianugerahkan beberapa sijil penghargaan, kerana sumbangan aktif kepada program mengenai cara mengubah kecacatan menjadi kejayaan.

Aisha berkata, selepas menyertai institut itu, kehidupannya berubah.
Saya menjadi anggota komuniti aktif yang mempunyai tanggungjawab besar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Saya ingin mencapai matlamat ini kerana mahu menjadi duta kepada golongan cacat dan dapat mewakili mereka untuk meluahkan segala masalah, katanya kepada akhbar berbahasa Arab beribu pejabat di Dubai.
Agensi

No comments:

Post a Comment