BAITULMAQDIS - Rejim Israel kini, merancang membina pagar besi di sepanjang sempadan Golan Heights dan Syria bagi mengelak kebanjiran pelarian dari kawasan perang saudara, semalam.
Pengumuman dibuat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, beberapa hari selepas kementerian pertahanannya mengesahkan kerja-kerja memasang pagar sejauh 241.40 kilometer di selatan sempadan Mesir hampir siap.
Awal November lalu, tentera rejim mengeluarkan amaran bahawa pemberontak menawan beberapa perkampungan dan wilayah berhampiran kawasan dikawal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antara Syria dan penempatan Yahudi.
Netanyahu berikrar akan menggunakan tindakan ketenteraan bagi mengelak senjata kimia jatuh ke tangan pejuang Islam Lubnan atau Syria.
Mengikut rekod, pendatang Yahudi menduduki Golan Heights sejak tahun 1967 dan ditentang pihak antarabangsa kerana menceroboh. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment