Tuesday, January 8, 2013

Perkahwinan bersenjata


pix_toprightWashington: Pasangan di Amerika Syarikat sering memilih untuk meraikan majlis perkahwinan mereka dengan melepaskan tembakan senjata api pilihan masing-masing.

Dalam senario yang pelik, mereka juga bergambar dengan senjata api pada hari istimewa itu dengan melangsungkan perkahwinan mereka di kedai senjata api, The Gun Store di Las Vegas.


‘Perkahwinan bersenjata’ masih terbukti popular walaupun kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Rendak Sandy Hook bulan lalu mencetuskan perdebatan hangat mengenai dasar kawalan senjata api di Amerika Syarikat.

Penganjur The Gun Store nenegaskan, tidak ada majlis perkahwinan dibatalkan walaupun selepas tragedi itu.


Malah, tempahan masih banyak diterima. Pasangan tiba dari seluruh pelusuk dunia, termasuk Britain, untuk melangsungkan perkahwinan di kedai itu, lengkap dengan berpakaian pengantin, sebelum menembak senjata separuh automatik, termasuk pistol, UZI dan AK47.


Pakej berharga RM1,500 itu, termasuk khidmat paderi, akses kepada padang sasar VIP persendirian dan setiap lima das tembakan untuk pengantin lelaki dan perempuan.

Satu lagi pakej yang diberi nama Mr & Mrs Smith & Wesson, menawarkan lebih banyak pilihan senjata, peluru dan sasaran.


Emily Miller yang bertugas sebagai paderi di kedai itu berkata: “Kami berada di sini kerana orang sukakan satu sama lain dan senjata api.

“Senjata bukan semata-mata mengenai marah dan benci. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan cara bertenaga untuk kikiskan emosi dan sikap agresif.” Sejak Februari tahun lalu, 10 ‘perkahwinan bersenjata’ dilangsungkan setiap bulan.


Sepasang pengantin datang dari Ottawa, Kanada tempat undang-undang senjata lebih ketat berbanding Nevada. Bilik gereja, yang biasanya digunakan untuk membersihkan senjata, ditaburkan dengan kelopak bunga ros.


Sepucuk senjata UZI dan Tommy digantung di atas pentas.


Ketika pasangan itu melafazkan ikrar perkahwinan mereka, bunyi kuat senjata boleh didengar dari lapang sasar berdekatan.


Mereka kemudian bergerak ke lapang sasar untuk mengikat ikrar mereka dengan menembak menggunakan senjata yang disediakan. - DAILY MAIL

No comments:

Post a Comment