Sunday, January 20, 2013

PBB kutuk serangan

Algeria kompleksLokasi serangan kompleks pemprosesan galian di Algeria.
NEW YORK - Majlis Keselamatan PBB sebulat suara mengutuk keras serangan yang berlaku di kompleks pemprosesan minyak dan gas di Algeria.

Jurucakap PBB berkata, semua penyerang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda itu perlu dibawa ke muka pengadilan.

“Tindakan melakukan penculikan untuk dijadikan tebusan adalah sesuatu perbuatan kejam yang tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Menurutnya, pemerhati PBB terus memantau perkembangan di kawasan itu dan akan mengadakan mesyuarat pada minggu ini bagi menyelesaikan masalah itu. Sementara itu, pasukan keselamatan Algeria berjaya menangkap seorang daripada lelaki bersenjata yang menyerang kompleks tersebut.

Lelaki itu memberitahu, terdapat 32 penyerang dan mengesahkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada briged dikaitkan dengan Al-Qaeda dan diketuai Mokhtar Belmokhtar.

Terdahulu agensi media tempatan melaporkan, pasukan keselamatan telah membunuh 18 pengganas.

Rabu lalu, seramai 12 tebusan dan 18 penculik dilaporkan terbunuh sejak tentera Algeria melancarkan serbuan ke atas kumpulan itu selepas merampas kompleks gas di sempadan Libya. - AP

No comments:

Post a Comment