Sunday, January 20, 2013

Seorang penyerang kompleks gas Algeria ditangkap



Algiers 19 Jan. - Pasukan keselamatan Algeria berjaya menangkap seorang daripada lelaki bersenjata yang menyerang kompleks pemprosesan minyak dan gas di timur negara ini, lapor akhbar El Watan, semalam.
Lelaki itu yang status kerakyatannya tidak didedahkan memberitahu pegawai penyiasat bahawa terdapat 32 penyerang dan mengesahkan bahawa mereka merupakan sebahagian daripada briged yang dikaitkan dengan al-Qaeda dan diketuai Mokhtar Belmokhtar.
Agensi berita Algeria, APS terdahulu melaporkan bahawa pasukan keselamatan telah membunuh 18 pengganas. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130119/lu_12/Seorang-penyerang-kompleks-gas-Algeria-ditangkap#ixzz2ITV5ET7m
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment