Sunday, March 31, 2013


Dua askar maut terkena serangan bom di Narathiwat


ANGGOTA skuad bom Thailand memeriksa sebuah trak pikap yang membawa beberapa orang anggota tentera dan terlibat dalam serangan bom di Narathiwat, selatan Thailand semalam.


BANGKOK - Serangan bom dan senjata api mengorbankan dua orang askar ranger Thailand dan mencederakan empat yang lain semalam.
Insiden itu berlaku cuma dua hari selepas kerajaan Thailand mengadakan rundingan damai yang pertama dengan pihak pemberontak.
Askar-askar tersebut dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian rakan mereka di Pattani. Kumpulan militan didakwa meletupkan bom yang disembunyikan di dalam sebuah motosikal, sebelum melancarkan serangan menggunakan senjata api.
Pada Jumaat, sebutir bom mengorbankan seorang askar dan mencederakan 14 yang lain, juga di Narathiwat.
Sejak sembilan tahun lalu, kumpulan-kumpulan pemberontak melancarkan pemberontakan yang telah mengorbankan lebih 5,500 nyawa.
Kerajaan Thailand pada Khamis lalu mengadakan rundingan dengan wakil-wakil daripada Barisan Revolusi Nasional di Kuala Lumpur.
Menurut delegasi Thailand, kedua-dua pihak bersetuju untuk bertemu semula pada 29 April depan berikutan tidak ada persetujuan dicapai.
Ketua Majlis Keselamatan Nasional, Paradorn Pattanatabut menyatakan kira-kira 20 peratus militan menentang dialog tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0331&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2P54rQ49s 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment