30 Mac 2013
RAMALLAH - Mahkamah Tebing Barat menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang wartawan tempatan yang dituduh mempamerkan foto Presiden Mahmoud Abbas di laman Facebooknya dan melabelkan pemimpin itu sebagai pengkhianat, semalam.
Mamdouh Hamamreh juga wartawan stesen televisyen Al-Quds itu merupakan pesalah kedua membabitkan dakwaan menghina pemimpin Palestin.
Menurut penasihat Abbas, Nimer Hamad, tindakan pemuda itu langsung tidak menggugat pemimpin tersebut.
Sementara itu, pihak pendakwaan memberitahu, foto yang dimuat naik Hamad pada 2010 lalu menunjukkan Abbas berada bersebelahan dengan seorang pelakon drama berwatak jahat di zaman pemerintahan kolonial Perancis di Levant.
"Watak penyangak itu adalah pemberi maklumat berbahasa Perancis dan tertuduh telah menulis perkataan 'mereka serupa' pada keterangan gambar itu," katanya dipetik dari AP.

No comments:
Post a Comment