30 Mac 2013
SEOUL - Korea Utara hari ini mengisytiharkan negaranya kini berada dalam "zon" mahu melancarkan perang ke atas Korea Selatan, perkembangan terbaru yang meningkatkan lagi ketegangan di Semenanjung Korea.
Satu kenyataan bersama kerajaan, parti dan pertubuhan-pertubuhan Korea Utara berkata, kesemua soal berkaitan dengan kedua-dua negara akan diuruskan dalam bentuk yang menuju ke arah perang.
Laporan AP menyebut Semenanjung Korea secara teknikal berada dalam persekitaran perang kerana Perang Korea hanya berakhir dengan gencatan senjata, bukannya perjanjian damai melibatkan kedua-dua negara.
Dalam kenyataan segera, Kementerian Penyatuan Korea Selatan menyifatkan pengisytiharan terbaru jirannya itu bukan sesuatu yang baru.
Katanya, kata-kata seumpama itu susulan kepada tindakan Pyongyang mengerah tentera ke tahap tertinggi ekoran latihan ketenteraan tahunan Amerika Syarikat-Korea Selatan baru-baru ini.
Semalam, Korea Utara mendakwa sudah menandatangani pelan menyediakan roket untuk disasarkan ke arah Amerika Syarikat (AS) termasuk pangkalan tentera di Pasifik dan Korea Selatan.
Media tempatan melaporkan bahawa semasa pertemuan dengan pemimpin tentera awal hari ini, pemimpinnya Kim Jong Un berkata, sudah tiba masa untuk menyelesaikan imperialis AS ketika ini.
“Jika mereka membuat provokasi melulu bersama kuasa-kuasa besar, kita tidak akan teragak-agak menyerang mereka, kubu mereka termasuk pangkalan tentera mereka dan orang-orang di Korea Selatan,” kata laporan itu.
Jurucakap Pentagon, George Little pula berkata pihaknya tidak akan melatah dan menggesa supaya Korea Utara tidak melakukan sesuatu dengan terburu-buru.
“Tidak siapa mahukan peperangan di Semenanjung Korea,” katanya kepada CNN.
“Kita mesti bertenang. Kami jamin sekutu Korea Selatan ini tidak berani mengambil tindakan terburu-buru walaupun wujud sebarang provokasi,” katanya.
Penganalisis pula berkata konflik besar-besar tidak mungkin dan jikapun ia berlaku, ia dilihat satu tindakan membunuh diri di pihak Pyongyang.

No comments:
Post a Comment