Sunday, March 31, 2013

Pengetua, polis terbunuh, 8 cedera dalam dua serangan di Pakistan



ISLAMABAD 31 Mac - Seorang pengetua sebuah sekolah di kota raya ini dan seorang anggota polis terbunuh manakala lapan yang lain cedera dalam dua serangan berasingan di bandar ini semalam.
Pengetua Sekolah Kebangsaan di Bandar Ittehad terbunuh apabila seorang lelaki melemparkan bom tangan ke arahnya semasa berlangsung majlis penyampaian hadiah di sekolah berkenaan.
"Pengetua itu terbunuh manakala enam lagi pelajarnya cedera dalam serangan tersebut,’" kata jurucakap polis, Nasir Mehmood.
Sementara itu, di wilayah Khyber- Pakhtunkhwa, seorang anggota polis terkorban dan dua orang awam cedera dalam letupan bom yang berlaku di pusat pemeriksaan polis. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130331/lu_02/Pengetua-polis-terbunuh-8-cedera-dalam-dua-serangan-di-Pakistan#ixzz2P8GJ3v75
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment