BEIRUT - Kumpulan aktivis hak asasi kemanusiaan Syria melaporkan, anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA) bertindak menculik gabenor wilayah utara bandar Raqqa, Hassan Jalili sewaktu menggempur kawasan berkenaan, semalam.
Menurut pegawai, Jalili dipercayai diculik sejurus berlakunya pertempuran antara tentera kerajaan dan anggota FSA, pada tengah malam berdekatan kediamannya.
Pengarah kumpulan pemerhati, Rami Abdul Rahman berkata, Jalili adalah individu teratas dalam senarai yang dijangka menjadi tahanan pemberontak sejak tercetusnya krisis menggulingkan Presiden Bashar al-Assad hampir dua tahun lalu.
"Walaupun pertempuran hanya tercetus di beberapa buah lokasi dalam bandar, tentera kerajaan tetap dikerah mengawal keseluruhan kawasan dalam wilayah," katanya.
Beliau tidak menolak, sekiranya keseluruhan wilayah Raqqa ditawan, ia akan menjadi kejayaan pertama bandar berkenaan jatuh ke tangan kumpulan pemberontak.
Sementara itu, satu video amatur yang disiarkan oleh aktivis menunjukkan penduduk Raqqa yang menyokong FSA bertindak memusnahkan tugu Presiden Syria terdahulu, Hafez al-Assad. - AP

No comments:
Post a Comment