Wednesday, March 6, 2013

Pengikut Sultan Sulu sanggup berjuang sehingga mati di Sabah



MANILA - Ketua suku kaum yang mendakwa Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata, para pengikutnya di Kampung Tanduo, Sabah akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
"Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikut akan berjuang secara sukarela bagi melindungi cita-cita dan aspirasi mereka," kata Jamalul Kiram.
Beliau menghantar adiknya Agbimuddin bersama sejumlah pengikut bersenjata ke Sabah pada 12 Februari lalu bagi menuntut apa yang didakwa sebagai milik Kesultanan Sulu.
Beliau berkata, Agbimuddin kini mengetuai 'tentera diraja'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2MlerAUuh 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment