SAN JUAN - Jumlah tahanan mogok lapar di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan meningkat kepada sekurang-kurangnya 21 orang, menurut kenyataan Tentera Amerika Syarikat(AS), kelmarin.

Menurut laporan AP, jurucakap pusat tahanan itu, Kapten Robert Durand berkata, dua tahanan telah dimasukkan ke klinik perubatan penjara kerana mengalami dehidrasi.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya pihak berkuasa sengaja mahu menyembunyikan jumlah sebenar tahanan yang mogok lapar.

"Tindakan tersebut diambil sebagai tanda sokongan di antara satu sama lain," katanya.

Minggu lalu, tahanan Islam di penjara itu dilaporkan nekad mogok lapar sebagai membantah campur tangan pihak berkuasa dalam urusan ibadah harian mereka.