Penjelasan Ustaz Kazim -tak mau jadi ahli politik dia nak jadi pendakwah saja....
Saya Ustaz Mohammad Kazim b Elias dengan ini secara rasminya menyatakan bahawa saya tidak akan bertanding di dalam pilihanraya dan menyertai kempen pilihanraya untuk mana-mana parti dan calon sekalipun.
Segala cerita dan khabar angin yang menyatakan saya akan bertanding di mana-mana Dun atau Parlimen adalah fitnah dan ingatlah setiap fitnah akan dibicarakan dihadapan Allah SWT di akhirat nanti.Takutlah kita semua dengan azab Allah SWT.
Saya lebih selesa mendampingi masyarakat dengan kerja saya sebagai penceramah dan pendakwah dan bukannya sebagai Wakil Rakyat.
Biarlah orang yang arif dan pandai dalam politik berpolitik.Saya tidak pandai.Kerja saya dakwah,dakwah dan terus berdakwah.Siapa jemput,InsyaAllah saya akan penuhi.Tapi bukan untuk ceramah politik sebaliknya ceramah agama.
Kepada semua blogger pula,hati-hati dengan artikel-artikel yang anda siarkan di dalam blog anda.Kalau artikel tersebut tidak benar,ia merupakan fitnah dan anda telah menyebarkan fitnah kepada ramai orang dalam era kecanggihan teknologi maklumat pada hari ini.Ingat,berapa ramai yang akan baca fitnah anda dan ingat juga bahawa tangan-tangan yang menaip,menulis,mengedar dan mulut-mulut yang bercakap serta telinga-telinga yang mendengar akan fitnah,semuanya mendatangkan dosa dan akan didakwa oleh Allah SWT.
Sudahkah kita lupa dengan janji Allah SWT “ Pada hari ini,Kami tutup mulut mereka dan akan berkata kepada Kami tangan mereka dan juga akan berkata kepada Kami kaki mereka,memberikan kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan “ ( Surah Yassin : Ayat 65 )
Selamat Maju Jaya kepada semua Ahli Politik yang akan bertanding mahupun tidak bertanding di dalam pilihanraya nanti.Pesan saya,berpolitiklah dengan cara yang bersih dan baik.Dampingi serta menangilah hati masyarakat dengan sikap kita dan tunjukkan contoh akhlak yang baik.Elakkan memaki,memfitnah dan mencaci serta perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut kita…Ingat…!!! masyarakat ( pengundi ) menilai kita……
Akhir kata,sekali lagi saya tegaskan bahawa segala cerita dan khabar angin yang menyatakan saya akan bertanding di mana-mana Dun atau Parlimen adalah fitnah dan ingatlah setiap fitnah akan dibicarakan dihadapan Allah SWT di akhirat nanti.Takutlah kita semua dengan azab Allah SWT.
No comments:
Post a Comment