Wednesday, March 20, 2013

Bom mortar meletup semasa latihan, 7 askar AS terbunuh


WASHINGTON 20 Mac - Sebanyak tujuh anggota tentera laut Amerika Syarikat terbunuh dan beberapa orang lagi cedera akibat satu letupan bom mortar semasa menjalani latihan menggunakan peluru hidup di pusat latihan Marine Corps di Nevada, kelmarin.
Laman web berita NBC News yang memetik kenyataan yang dikeluarkan Marine Corps melaporkan, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 10 malam (2 petang waktu Malaysia semalam) di Depot Tentera Hawthorne.
"Letupan tersebut menyebabkan tujuh anggota tentera daripada Divisyen Kedua Tentera Laut terbunuh dan beberapa orang lagi cedera," jelas laporan itu.
Punca bom itu meletup masih disiasat.
Jumlah mereka yang cedera masih belum dapat dipastikan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_03/Bom-mortar-meletup-semasa-latihan-7-askar-AS-terbunuh#ixzz2O3AGhN5R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment