Wednesday, March 20, 2013

Tangguh undang-undang kawal hamil



Manila: Mahkamah tertinggi Filipina semalam menangguhkan undang-undang kontroversi mengenai kawalan kehamilan selepas mendapat kecaman hebat daripada pemimpin gereja Katolik yang berpengaruh.

Dengan undi 10 berbanding lima, Mahkamah Agung mengeluarkan perintah pembekuan selama empat bulan ke atas peraturan berkenaan.


Menurut peruntukan undang-undang itu, kerajaan dikehendaki mengedarkan kondom percuma dan menyediakan pendidikan seks di sekolah.

Jurucakap mahkamah, Theodore Te berkata, perintah menghentikan pelaksanaan undang-undang kesihatan kelahiran itu dibuat selama 120 hari. Bagaimanapun, Te tidak menyatakan asas kepada keputusan berkenaan.


“Hanya mahkamah boleh mengemukakan hujah lisan mereka pada 18 Jun,” katanya. Sementara itu, Pejabat Presiden Filipina berkata, kerajaan menghormati keputusan berkenaan tetapi yakin Mahkamah Agung akhirnya akan mengesahkan undang-undang berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment