20 Mac 2013
MOSCOW - Russia menuduh pemberontak Syria menggunakan senjata kimia dalam serangan semalam, yang menurut Moscow ia perkembangan amat membimbangkan dan berbahaya.
“Menurut maklumat yang kami dapat dari Damsyik, kes penggunaan senjata kimia oleh pembangkang ini dilaporkan berlaku semalam di wilayah Aleppo,” kata Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan sumber maklumat secara tepat dalam serangan itu tetapi Presiden Bashar al-Assad dan pemberontak dipersalahkan antara satu sama lain.
Difahamkan letupan senjata kimia itu mengandungi bahan beracun dan membunuh 16 orang dan mencederakan 100 yang lain.
Russia sebelum ini pernah memberi amaran kepada kerajaan Assad supaya tidak menggunakan senjata kimia dan berkata Disember lalu, Damsyik telah mengambil langkah berjaga-jaga memastikan agen kimia adalah selamat.
-sh

No comments:
Post a Comment