Saturday, April 6, 2013

Jolie puji semangat gadis Pakistan yang pernah ditembak



NEW YORK - Aktres terkenal Hollywood, Angelina Jolie memberikan pujian kepada seorang gadis Pakistan yang cedera ditembak anggota kumpulan Taliban di kepalanya ekoran tindakannya menuntut hak pendidikan untuk golongan wanita.
Gadis itu, Malala Yousafzai diperkenalkan oleh Jolie pada Sidang Kemuncak Wanita Sedunia 2013 di sini menerusi persidangan video dari Britain.
"Hari ini saya akan mengumumkan hari yang paling gembira dalam hidup saya," kata gadis berusia 15 tahun itu dengan malu-malu.
"Marilah kita mengubah dengan menambahkan peluang pendidikan daripada 40 orang pelajar perempuan menjadi 40 juta pelajar perempuan," tambahnya.
Jolie, 37, yang juga Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) komited menyumbang sebanyak AS$200,000 (RM611,499) kepada Tabung Malala untuk pendidikan wanita di Pakistan.
"Kita boleh mempelajari banyak perkara daripada gadis itu (Malala)," kata Jolie sambil tersenyum.
Malala ditembak di bahagian kepala pada 9 Oktober lalu kerana kelantangannya memperjuangkan hak pendidikan dalam masyarakat yang amat konservatif di negaranya.
Dia kemudian dibawa ke Britain bagi mendapatkan rawatan termasuk pembinaan semula tengkoraknya.
Gadis itu dibenar keluar daripada hospital pada Mac lalu dan dia mula mengikuti pengajian di Britain. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2PdTjN0kY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment