Saturday, April 6, 2013

Mudir tekad guna surau, masjid untuk tangkis fitnah politik Umno

SONY DSC
Nazar Hashim
PENANTI 6 APRIL: Mudir Yayasan An-Nadhoh, Ustaz Mutalib Maarof tekad menjadikan suarau dan masjid bagi menegakkan kebenaran termasuk menerangkan situasi sebenar politik tanah air.
“Kita akan berhenti guna surau dan masjid sebagai media untuk beri penerangan jika BN tak salah guna televisyen dan media arus perdana. Jika mereka salah guna kuasa untuk menabur fitnah, kita jadikan surau dan masjid sebagai media kepada masyarakat.
“Kalau BN beri peluang kepada Pakatan, penerangan politik di surau dan masjid akan dihenti segera, katanya pada majlis ‘Hi-Tea’ di Kubang Semang, Penanti.  Hadir sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Mansor Othman.
Sepanjang lebih 50 tahun Umno BN memerintah, pembangkang tidak mendapat tempat dalam media arus perdana sebaliknya dijadikan mangsa fitnah.
Kerajaan pula melarang institusi surau dan masjid diguna untuk aktiviti politik jika melibatkan pembangkang, sebaliknya tidak menjadi kesalahan jika ia anjuran Umno BN.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49451

No comments:

Post a Comment