Saturday, April 6, 2013

Nik Aziz dakwa UMNO Ataturk


Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa UMNO cuba meletakkan diri setaraf dengan Tuhan sehingga menolak ajaran Islam.

Mursyidul Am PAS itu turut melabel UMNO seperti Mustafa Kamal Ataturk di Turki yang menolak Islam.


“Saya nak kata kalau undi PAS ini pun haram (kerana bersekongkol dengan DAP), tiada lagi parti boleh diundi. UMNO pula lebih haram lagi kerana mereka tolak Islam (kerana bersekongkol dengan parti bukan Islam. “Jadi ertinya, pemimpin UMNO meletakkan taraf dia seperti Tuhan, rasa nak tolak Islam, dia tolak, rasa nak terima, dia terima.

“Yang takut kepada Islam ini ialah Melayu UMNO, ini kecelakaan besar menimpa orang Melayu, betul-betul serupa Kamal Atarturk buat di Turki dan Qadiani (Mirza Ghulam Ahmad Qadiani) di India. “Nak kata apa, jawab itu dulu jangan kata saya celupar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, semalam.


Menurutnya, tindakan UMNO menolak Islam bagi mengambil hati parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) termasuk MCA dan MIC.


“Dia (UMNO) berkeras tidak tolak Islam (tetapi) PAS tahu MCA tidak boleh terima Islam. “Seperti DAP, mereka (DAP) tetap mahu saya bertanding bawah bendera bulan, ini tanda fobia kepada Islam hilang dalam kalangan pemimpin DAP,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mengulangi pendiriannya beliau akan terus bergiat dalam politik walaupun diminta pihak tertentu supaya bersara.

No comments:

Post a Comment