Monday, April 8, 2013

Mesir di ambang keganasan akibat perselisihan antara agama



08/04/2013 4:57pm

KAHERAH - Mesir dalam keadaan berjaga-jaga hari ini berikutan kejadian keganasan yang merebak di luar kawasan Katedral Coptic di sini semalam. Pasukan polis dan orang awam yang bersenjata telah bertembung ketika selepas upacara gereja dijalankan untuk empat penganut Kristian yang telah meninggal dunia.
Suasana di kejiranan yang terletak di tengah-tengah Abbassiya itu kembali aman apabila anggota pasukan keselamatan ditempatkan di luar Katedral St. Mark untuk mengawal keadaan.
Dalam insiden keganasan tersebut, seorang telah terbunuh manakala 80 yang lain. Ia bermula selepas pengunjung gereja yang sedang berkabung dibaling dengan batu ketika hendak meninggalkan gereja itu, ujar seorang pegawai keselamatan.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim, telah melawat tempat kejadian.
Semalam, siaran televisyen telah memaparkan insiden tersebut secara langsung. Dalam siaran itu, penonton dapat melihat pasukan polis yang melontarkan gas pemedih mata di kawasan gereja Coptic. Komuniti Kristian Mesir berkenaan sudah lama menjadi mangsa diskriminasi dan keterasingan.
Pertumpahan darah itu secara tidak langsung menandakan bahang keganasan yang sering berlaku antara sekutu Islamis Presiden Mohamed Morsi dengan pihak pembangkang. Ia juga menandakan ketegangan hubungan selama bertahun-tahun antara komuniti yang berlainan agama dan kepercayaan.
Penganut Kristian di Mesir membentuk 10 peratus daripada populasi keseluruhan negara itu yang berjumlah 83 juta orang . - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2PsYo32ol 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment