Monday, April 8, 2013

Mesir mohon pinjaman AS$4.8 bilion



KAHERAH - Mesir membuat permohonan untuk meningkatkan jumlah pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada AS$4.8 bilion (RM14.6 bilion) bagi menampung bajet defisit yang melambung tinggi, kata Menteri Kerjasama Antarabangsa, Ashraf al-Araby yang disiarkan di dalam tiga akhbar semalam.
"Mesir akan meningkatkan usaha pada mesyuarat IMF pada musim bunga nanti iaitu pada 16 hingga 21 April depan untuk menerima dana tambahan bagi menampung defisit sehingga pertengahan 2015," kata Ashraf.
Satu delegasi IMF kini berada di Kaherah bagi membincangkan pinjaman itu.
"Perbincangan sedang berjalan bagi meningkatkan jumlah pinjaman yang diangggarkan AS$4.8 bilion dan ia mungkin meningkat terutama apabila bajet defisit meningkat kepada AS$20 bilion (RM61.1 bilion)," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan angka terbaharu dan berkata, perbincangan itu bukannya mudah.
Dalam akhbar Al-Mal, Ashraf memberitahu, jika perjanjian tidak dimeterai sebelum Mei ini, perbincangan bakal ditangguhkan sehingga Oktober depan disebabkan pilihan raya parlimen.
- Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2Ps9GaEui 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment