BUSAN - Amerika Syarikat (AS) menghantar satu lagi batalion tentera laut bersama kapal USS Nimitz bagi tujuan latihan bersama dengan sekutu kuatnya, Korea Selatan di Pelabuhan Selatan Busan.

Dipetik AFP, pegawai komander, Mike White berkata, kehadiran kumpulan itu turut dilengkapi 64 pesawat tempur dan unit pemusnah.

"Kerjasama ini penting dan perlu dikekalkan kerana situasi semasa makin tegang," katanya.

Menurutnya, kapal USS Nimitz kini dalam perjalanan dan akan tiba ke Asia mengikut jadual.