12 Mei 2013
ISLAMABAD - Jutaan rakyat Pakistan keluar mengundi dalam pilihan raya umum semalam dengan tidak menghiraukan ancaman militan Taliban yang berikrar mengganggu perjalanan pengundian dengan serangan-serangan berani mati.
Dipetik AFP, orang ramai mula beratur di pusat mengundi yang dibuka jam 8 pagi waktu tempatan dan berakhir jam 5 petang.
Media tempatan melaporkan, lebih 86 juta rakyat layak mengundi bagi memilih 342 anggota Ahli Parlimen dan perwakilan di empat wilayah iaitu Khyber Pakhtunkhwa, Punjab, Sindh dan Baluchistan.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 11 maut dan 36 yang lain cedera dalam letupan bom di Karachi.
Polis berkata, serangan itu disasarkan terhadap calon dari Parti Nasional Awami (ANP), Amanullah Mehsud, yang bertanding di wilayah Sindh.
“Di Peshawar, letupan disasarkan ke atas pengundi wanita, mengakibatkan lapan cedera,” katanya.
Jurucakap Taliban Ehsanullah Ehsan berkata, kumpulannya mengakui bertanggungjawab dalam semua letupan itu dan akan melancarkan lebih banyak serangan.

No comments:
Post a Comment