Sunday, May 12, 2013

Dashrath Manjhi - Lelaki India yang 'memindahkan' sebuah bukit.


Isterinya telah meninggal dunia kerana tidak dapat rawatan sebaiknya disebabkan tiada kemudahan perubatan yang terdekat dengan kampungnya. Setelah itu, beliau tekad 'membelah' sebuah bukit yang menjadi penghalang dan memaksa penduduk kampung mengambil jalan sejauh 70 km untuk ke hospital agar tidak ada lagi penduduk yang mati tidak mendapat rawatan kerana bukit itu.

Hari demi hari beliau seorang diri menukul, memahat dan memindahkan tanah bukit itu sedikit demi sedikit bagi membina jalan pintas.

Akhirnya setelah 22 tahun, bukit yang tinggi itu berjaya diratakan bahagian tengahnya, lalu membina jalan pintas untuk penduduk-penduduk kampungnya ke hospital dengan jarak jauh hanya 1 km. Inilah kisah Dashrath Manhji, seorang lelaki di India yang membina 'jalan harapan' buat masyarakat setempat di kampungnya.

No comments:

Post a Comment