Sunday, May 12, 2013

Soi Lek, Tsu Koon berundur

Foto
TSU Koon mengemas barangan dan dokumen di pejabatnya selepas mengumumkan peletakan jawatan pada sidang media di Ibu Pejabat GERAKAN, semalam.
Kuala Lumpur: Dua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berikutan prestasi buruk calon daripada parti mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 5 Mei lalu.
Presiden GERAKAN Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa 16 Mei ini, manakala Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan berbuat demikian antara Jun hingga Disember depan.
Tsu Koon ketika ditemui pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) di Ibu Pejabat GERAKAN di sini, semalam berkata, tindakan itu dibuat bagi memulakan proses membentuk kepemimpinan baru di peringkat pusat pada Perhimpunan Agung GERAKAN pada 26 Oktober depan.

“Selepas berunding dengan jawatankuasa pusat, saya memutuskan untuk meletak jawatan mulai 16 Mei ini sebagai mengambil rasa tanggungjawab terhadap keputusan dalam PRU-13.


“Saya sudah memaklumkan keputusan ini kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden GERAKAN Datuk Chang Ko Youn akan mengambil tugas sebagai Pemangku Presiden mengikut perlembagaan parti,” katanya.

No comments:

Post a Comment