Sayyid Qutb sebelum digantung mati kerana perjuangannya, menulis surat kepada adiknya Aminah Qutb. Beliau antaranya menyebut:
“Wahai adikku, barangkali sekarang ini engkau sedang melihat
dengan gerun tali gantung yang akan menjerat leherku. Kita akan
merasakan perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan
bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan
mengakhiri perjuangan ini tetapi apabila kita memikirkan bahawa
bukan kita yang memulakan perjuangan ini dan bukan kita yang
menamatkannya, maka ketika itu terasalah bagaimana luasnya
perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga
kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi
keturunan kita diikat oleh kesatuan akidah La Ilahaillallah
Muhammad Rasulullah.”
Bersama meneruskan tali perjuangan Rasulullah.
No comments:
Post a Comment