Otai Reformasi
Nampaknya tahun ini pemimpin Malaysia boleh dikatakan terkenal di mata mata rakyat dengan kepimpinan diktatornya. Rakyat yang berdemonstrasi di luar negara kemungkinan berhadapan dengan hukuman yang boleh menyebabkan kelucutan kewarganegaraannya.
Disini admin ingin berkongsi pendapat tentang perkara ini. Sedia maklum rata-rata rakyat memang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya ke 13 adalah dari golongan belia.
Kefahaman mereka tentang erti "Demokrasi" boleh dikatakan lebih tinggi dari golongan yang lebih tua. Dan kebanyakan golongan belia ini adalah berlatar belakangkan pelajaran dari bidang profesional dan bakal menjadi modal insan untuk negara suatu ketika nanti.
Tidak perlu dilucutkan kewarganegaraan kerana kebanyakan golongan muda yang sedang menuntut ilmu di luar negara rata-ratanya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke negara ini dan menetap di negara luar. Mengapa? Kita sendiri boleh lihat apa yang disajikan oleh pemimpin negara yang tidak habis-habis dengan ketuanan mahupun skandal kroninya. Rakyat generasi baru sudah muak dengan semua itu!
Untuk pengetahuan anda semua, pencipta USB pertama di di dunia ini adalah bekas rakyat Malaysia. Malaysia mungkin boleh bermegah sehingga sekarang sekiranya beliau tidak menukar kerakyatannya dahulu. Satu ketika dahulu Malaysia juga pernah merayu kepada golongan doktor supaya kembali ke tanah air dan berkhidmat di sini.
Admin tidak hairan pada suatu ketika nanti negara ini akan undur 30 tahun kebelakang sekiranya masih diperintah oleh orang yang hanya mempunyai kepentingan sendiri dan gila kuasa. Malah lebih teruk penduduknya yang putih-putih akan bertukar hitam kerana populasi Bangla melebihi penduduk asal.
No comments:
Post a Comment