Monday, May 13, 2013

Lauren dituduh rampas suami

Foto
FAIZA bersama Sohale dan dua anak mereka pada 1994. Gambar kecil, Lauren Booth.
London: Aktivis keamanan Britain yang memeluk Islam beberapa tahun lalu, Lauren Booth, dituduh sebagai perosak rumah tangga, lapor media semalam.
Wanita terbabit, Faiza Ahmed, kini menumpang di rumah saudara kandungnya di Texas selepas meninggalkan Stockport, Greater Manchester apabila perkahwinannya dengan Sohale Ahmad bermasalah.

Faiza dan Sohale menjadi suami isteri kira-kira 16 tahun lalu.
Faiza, 37, berkata Lauren yang juga adik ipar Cherie Blair telah mengkhianati Islam.

“Lauren secara terbuka berlaku curang dengan Sohale di depan saya, menghabiskan masa menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama dan kini mereka berkahwin secara rahsia,” katanya. Bercakap kepada media semalam, Faiza berkata, Lauren bertanggungjawab menghancurkan rumah tangganya.

“Anda tidak boleh sekadar memakai hijab dan mendakwa seorang wanita Muslim yang baik.

“Islam menetapkan sempadan antara lelaki dan wanita, selain menyayangi dan menghormati wanita,” katanya. Bagaimanapun, kata Faiza, Lauren datang ke rumah mereka sebagai tetamu Sohale dan merampas suaminya secara terbuka.

Kata Faiza, perangai Lauren mengejutkannya serta wanita lain.
Pendedahan Faiza itu dianggap tamparan kepada Lauren, 45, yang mengumumkan pernikahannya melalui Facebook minggu lalu. Kenyataan itu dibuat sebagai susulan kepada jenaka Lauren di laman sesawang sosial itu yang mendakwa dia sedang “memburu seorang suami.” Dalam jenaka itu, Lauren menulis: “ejen Mossad, peminum arak, badut CIA, lelaki tidak solat dan kedekut tidak perlu memohon.” Ketika bercakap kepada media semalam, Faiza berkata, rumah tangganya dengan Sohale, 49, bermasalah apabila suaminya itu menghabiskan banyak masa untuk aktiviti amal Islam yang membabitkan Lauren. “Saya tahu mereka rakan kongsi dan Sohale menganggap Lauren sebagai kakak,” katanya.

Sohale bertemu Lauren kali pertama ketika wanita terbabit menumpang di rumah keluarganya pada Mac 2012. - Daily Mail

No comments:

Post a Comment